Sunday 19 April 2015

Kelebihan Pergerakan Puteri Islam


Badan yang sihat akan mempamerkan otak yang cerdas. Begitulah ungkapan yang menekankan kepentingan badan yang sempurna untuk melaksanakan kegiatan seharian. Dewasa ini menyertai aktiviti badan beruniform merupakan cara yang berkesan dalam menghasilkan insan sebegitu yang bukan sahaja peroduktif, melahan juga proaktif.

Antara aktiviti-aktiviti badan beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia yang dilaksanakan saban hari termasuklah aktiviti perkhemahan, memasak, menjahit dan lain-lain. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dalam dunia yang serba moden ini, aktiviti sebegini memainkan peranan yang amat penting dalam membina keperibadian individu.

Kebaikan menyertai aktiviti ini adalah dapat meningkatkan ketahanan mental dan fizikal. Para pelajar akan didedahkan kepada pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan lasak diri mereka seperti kursus kepimpinan, latihan kecergasan dan latihan membina jati diri. Aktiviti sebigini kerap diaplikasikan supaya para pelajar arif tentang kepimpinan menjaga keadaan tubuh badan dan juga minda.

Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatupertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadapkemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mulamenyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannyaserta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi sepertimemimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.

Seterusnya, aktiviti kokurikulum juga berupaya memupuk dan menggembur semangat kerjasama dan pembentukan disiplin dalam diri seseorang pelajar. Para pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan lebih sedar akan tanggungjawab yang harus dijunjung oleh mereka untuk menjadikan diri mereka lebih sempurna.

Aktiviti seperti membina khemah dan merentasi hutan bukan sahaja akan membina hubungan yang lebih erat antara para pelajar, malahan akan menanam sifat kepimpinan dalam diri para pelajar. Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka.

No comments:

Post a Comment