Sunday 19 April 2015

Pembuka Bicara




Alhamdulillah......

Dewasa ini teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang dengan begitu pesat dan pantas. Mahu atau tidak, sedikit banyak kita perlu mengikuti perkembanngan dunia ICT ini agar kita sentiasa seiring ataupun tidak terlalu ketinggalan dari arus semasa teknologi.

Laman web adalah gerbang kepada dunia untuk mengenali suatu organisasi. Jadi dengan terhasilnya laman web ini, saya berharap agar ianya akan dijadikan medium oleh mana-mana pihak atas individu untuk mengenali Pergerakan Puteri Islam Malaysia di Sekolah Kebangsaan Subang Bestari.

Pihak-pihak yang berkait secara langsung terutamanya ibu bapa atau penjaga kepada pelajar SKSB boleh mengikuti dan menggalakkan anak-anak untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri Islam Malaysia. 

Akhir kata, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah bekerjasama sehingga terhasilnya laman web ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada anda yang sudi melawat laman web ini.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment